MUAR: Calon Bebas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Simpang Jeram, S Jeganathan, 55, berazam menggunakan kebolehannya bertutur dalam bahasa Hokkien bagi mendekati pengundi Cina pada PRK kali ini.
Ahli perniagaan yang juga bapa kepada enam anak itu berkata, perkara itu selaras dengan hasratnya bagi membantu golongan yang memerlukan.
"Selain berbahasa Melayu, Inggeris dan Tamil, saya juga boleh bertutur dalam bahasa Hokkien.
"Jadi saya akan gunakan kelebihan yang ada ini untuk mendekati rakyat ketika berkempen nanti," katanya ketika ditemui sejurus selesai proses penamaan calon bagi PRK DUN Simpang Jeram di Dewan Jubli Intan, Muar pada Sabtu.
Untuk rekod, ia merupakan kali ketiga Jeganathan bertanding atas tiket Bebas selepas DUN Bukit Naning sebelum ini.
Jeganathan yang juga anak jati Taman Bakri Jaya dekat sini akan bertanding dengan dua lagi calon melibatkan calon Perikatan Nasional (PN), Dr Mohd Mazri Yahya dan calon Pakatan Harapan (PH), Ir Sr Nazri Abdul Rahman.
Sementara itu, Jeganathan juga pernah menggalas tanggungjawab selaku bekas Ketua MIC dan juga bendahari Bahagian Bakri Jaya itu berkata, dia turut berjanji menjaga kebajikan pengundi kawasan berkenaan jika dipilih menjadi wakil rakyat nanti.
“Saya menawarkan diri untuk bertanding kali ini sebab ramai yang saya temui memberitahu bahawa mereka (menyesal) pilih wakil rakyat yang tak nak buat kerja.
“Mereka datang jumpa untuk dapatkan bantuan kebajikan dan mengadu permasalahan setempat antaranya infrastruktur jalan dan pemilikan tanah bertindih,” katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Aug 26 2023
Jeganathan (duduk, tengah), ketika menyerahkan dokumen pencalonannya pada Sabtu. -Foto Sinar Harian
AWANI Ringkas: Perketat kawalan premis kerajaan, tumpuan awam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penyasaran subsidi tidak harus bebankan rakyat terbanyak - PM
Kerajaan tidak mampu memberi subsidi kepada golongan mahakaya dan warga asing kerana hasil usaha penyasaran subsidi diesel, jumlah penjimatan dijangka (secara kasar) sekitar RM4 bilion setahun.
Kerajaan setuju laksana penyasaran subsidi ke atas bahan api - PM
Penyasaran subsidi akan mula dilaksanakan ke atas bahan api
diesel dan sebagai permulaan, penyasaran subsidi diesel hanya akan melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia.
diesel dan sebagai permulaan, penyasaran subsidi diesel hanya akan melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia.
Jangan perkenalkan dasar yang bebankan rakyat miskin - PM
Kekangan hasil dan perbelanjaan tidak berhemat menyebabkan kerajaan menanggung bebanan hutang. Timbunan hutang hanya membazirkan wang rakyat kerana banyak dihabiskan untuk bayar faedah hutang.
[TERKINI] Perutusan Negara oleh Perdana Menteri
Ikuti Perutusan Negara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata rakaman keterangan itu, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat.
Lapan cap jari ditemukan di lokasi Faisal Halim disimbah asid - KPN
Bagaimanapun, hasil analisis mendapati lima daripadanya tidak cukup sifat.
Kerajaan setuju laksana penyasaran subsidi bahan api diesel - PM Anwar
Dengan penyasaran subsidi diesel tersebut, jumlah penjimatan kepada kerajaan adalah dijangka sekitar RM4 bilion setahun.
Rasuah adalah barah utama yang melemah ekonomi negara, menjatuhkan moral rakyat - PM
Kelemahan tatakelola dan amalan rasuah sudah sistemik, dari peringkat atas, peringkat penengah hingga ke peringkat bawahan.
Azizulhasni ketepi saingan Ridwan, juarai acara pecut di Nilai
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang tidak berdepan masalah menjuarai acara pecut lelaki elit pada Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan 2024.
PRK DUN Simpang Jeram: Jeganathan guna kelebihan bertutur bahasa Hokkien dekati pengundi
Ahli perniagaan yang juga bapa kepada enam anak itu berkata, perkara itu selaras dengan hasratnya bagi membantu golongan yang memerlukan.